01 Oktober 2012

KELEBIHAN PUASA

3. AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA

إن في الجنة بابا يُقال له: الريان، يدخل منه الصائمون يوم القيامة، لا يدخل منه أحد غيرهم، يُقال: أين الصائمون يوم القيامة؟ فيقومون لا يدخل منه أحد غيرهم، فإذا دخلوا أُغلق, فلم يدخل منه أحد .متفق عليه

Dari sahl bin saad r.a, ia berkata: Rasulullah bersabda: “Di dalam syurga ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Orang-orang yang dibenarkan masuk syurga melalui pintu itu kelak, hanyalah orang yang berpuasa, sedangkan yang lainnya tidak dibenarkan. “Manakah orang-orang yang berpuasa? Dan bila orang yang terakhir dari mereka masuk, maka pintu pun segera ditutup, hingga tak seorang pun yang dapat memasukinya.”[Muttafaq ‘alaihi]

Maka bersungguh-sungguhlah saudaraku dengan menjaga puasa fardu dan puasa sunat agar dapat memasuki syurga melalui pintu yang bernama ar-Rayyan yang disediakan khusus kepada orang-orang yang berpuasa!

4. MENDAPAT KEGEMBIRAAN


للصائم فرحتان: فرحة عند فطره، وفرحة عند لقاء ربه» متفق عليه

Dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya.” [Muttafaq ‘alaihi]

Al-Hafiz Ibn Hajar (773-852H) menyebut: “Kegembiraan ketika berbuka puasa: “iaitu selepas Allah mengurniakan nikmat berbuka puasa, dan dihalalkan kepada mereka apa yang haram dilakukan pada siang hari; makan, minum dan sebagainya.”

Kegembiraan ketika bertemu Allah: “Ketika orang beriman mendapati pahala puasanya dibentangkan di hadapan Allah Taala.” [Fath al-Bari: 4/ 152-153]

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Maksudnya: “Hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya)”. [Al-Imran 30]

5. MULUT BERBAU KASTURI

«والذي نفس محمد بيده؛ لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك» [متفق عليه].


Sabda Rasulullah s.a.w: “Demi diri Muhammad berada dalam tangannya sesungguhnya bau mulut orang berpuasa disisi Allah terlebih harum dari bau kasturi.” [Muttafaq ‘alaihi]




Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu busuk disisi manusia, kerana perut itu kosong tidak berisi makanan.


Berkata Qadhi Iyadh [1083H–1149H]: orang yang berpuasa akan mendapat pahala ganjaran dari Allah yang lebih baik dari bau kasturi. [Nail al-Authar 4/287]


6. GANJARAN SYURGA

Rasulullah s.a.w menjanjikan dengan ganjaran syurga bagi orang-orang yang menunaikan puasa, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a:

عن أبي أمامة قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت: مرني بعمل يدخلني الجنة ، قال: "عليك بالصوم فانه لا عدل له" ثم أتيت الثانية ، فقال: "عليك بالصيام". رواه أحمد والنسائ والحاكم وصححه. 

Dari Abu Umamah katanya: Saya datang bertemu Rasulullah s.a.w, lalu saya bertanyakan Rasulullah s.a.w: perintahkan daku satu amalan yang memasukkan daku syurga, Sabda Nabi: “Hendaklah kamu berpuasa kerana ia tidak ada bandingan (dengan amalan lain)”, kemudian saya datang kali kedua, maka Nabi bersabda: “hendaklah kamu berpuasa”. [Riwayat Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan dishahihkan]


7. DOA DIMAKBULKAN ALLAH

Antara kelebihan puasa, adalah dengan berpuasa menjadi sebab doa mereka diterima oleh Allah:

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” [Al-Baqarah: 186]


عن ابي هريرة رضي الله عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث دعوات مستجابات: دعوة الصائم، ودعوة المظلوم، ودعوة المسافر. أحمد بن حنبل: إسناده حسن، ابن أبي شيبة: إسناده حسن، ابن حبان: إسناده حسن، صحيح الجامع المحدث: الألباني. 

Dari Abu Hurairah r.a, Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga doa yang mustajab: Doa orang yang berpuasa, doa oarang yang dizalimi, doa orang yang musafir.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal, Ibn Syaibah, Ibn Hibban dengan sanad Hasan, Al-Bani dengan sanad Shahih]