08 Mac 2016

Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)

Abdullah bin Amr bin Ash R.A. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalatu jaami’ah (dirikankanlah solat berjamaah).”Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).


A. Solat Gerhana Matahari
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara Siir (perlahan) seperti dalam solat Zohor, tidak sebagaimana solat gerhana Bulan yang dibaca secara nyaring.

2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Kusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk’ atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.

4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah:

B. Cara Solat Sunat Kusuf
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:


1. Cara Pertama
Solat Sunat Kusuf 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah
6. Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah.
8. Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.


2. Cara Kedua
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana.
3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
5. Kemudian i’tidal lagi dengan tumaninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

C. Khutbah Solat Gerhana
Dalil dari Aisyah R.A. berkata:

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة

“Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari r.a.)


Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Kusuf ini secara berjemaah berserta khutbah Gerhana sempena gerhana matahari penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.



Disediakan oleh
Ust. Hj Mohd Zakaria Hamzah
Mk 19, Mengkuang Titi,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
0134933060