11 November 2016

Khutbah hari ini

11 November 2016

In Sya Allah pada hari ini akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Ara Kuda, iaitu merupakan sebuah Masjid di Daerah Butterworth, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Tajuk Khutbah: Peristiwa yang berlaku di bulan Safar



Menakluki Parsi

14 Safar 16H, Umar al-Khattab telah berjaya menguasai Parsi kaum Muslimin di pimpin oleh Sa'ad bin Abi Waqqas.


Perang Khaibar (629M)

Menghadapi Yahudi Bani Qainuqa, Nadzir dan kabilah yang lain. Mereka ingin menyerang Madinah. Rasulullah telah keluar bersama tentera berjumlah 1000 orang, mereka adalah sahabat yang terlibat dalam perjanjian Hudaibiah. Dalam perang Khaibar umat islam membawa 200 ekor kuda sahaja. Ibn Qayyim menyatakan bahawa dalam perang Khaibar umat islam telah berjaya mengalahkan musuhnya.


9 Safar 565H (14/2/1258)

jatuhnya Kota Baghdad ke tangan musuh, tentera Monggol yang di pimpin oleh Hulagu khan dengannya kekuatan tentera seramai 200.000 orang, maka jatuhlah kerajaan Bani Abbasiyah yang di pimpin oleh khalifah al Mu'tasim bilah, antara faktor kejatuhannya adalah usaha pengkianatan Alauddin Ibnu Alqami, Dalam keterangan lain, kejatuhan Baghdad karena adanya konspirasi antara pasukan Tartar dan kelompok Syiah Qaramithah yang mempunyai hasrat menjatuhkan pemerintahan Daulah Abbasiyah, kemudian menggantikannya dengan Daulah Fathimiyah.