PAS dan Kepimpinan.
PAS di sepanjang keberadaanya di pentas politik negara telah mengalami  pasang surut perjuangannya,dan juga peralihan kepimpinannya yang silih  berganti. Namun tetap dalam orbit Islam.
PAS mengalami beberapa fasa perjuangan di dalam dan luar  kerajaan,mengalami tajribah politik yang terpaksa dibayar dengan harga  yang mahal.
Dalam sejarahnya juga, PAS telah dipimpin oleh beberapa orang pimpinan  seperti Tuan Haji Fuad Hassan, Dr. Haji Abbas Alias,Dr. Burhanuddin  al-Helmy, Datuk Mohd Asri Muda,Tuan Haji Yusof Rawa, Ustaz Dato’Fadzil  Mohd Noor dan Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(hingga  sekarang).Manakala parti itu,dipimpin oleh dua orang Mursyidul Am,iaitu  Tuan Haji Yusof Rawa dan juga Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik  Mat(hingga sekarang). 
DR.BURHANUDDIN AL-HELMY:PAHLAWAN UMAT
Pada awal peubuhan PAS,sambutan masyarakat di Tanah Melayu terhadap  parti yang bergerak atas landasan Islam amat terbatas.Namun PAS mula  mengorak langkah dalam politik negara melalui pertukaran kepimpinannya.  Era kepimpinan yang paling berkesan dalam PAS ialah semasa PAS dipimpin  oleh dua orang tokoh besar di alam Melayu iaitu Dr.Burhanuddin al-Helmy  dan Dr.Zulkifli Muhammad.
Kepimpinan mereka telah Berjaya melonjak PAS ke persada arus utama  politik Negara ini. Pandangan mereka menjadi buruan akhbar,apatah lagi  kerana intelegensia Melayu tidak ramai yang terlibat dengan politik  Tanah Melayu secara langsung.
Dr.Burhanuddin adalah mentor kepada politik kiri Tanah Melayu yang telah mendekam beberapa kali di penjara British. 
Akhbar ‘Melayu Raya’ sentiasa member publisiti yang lumayan kepadanya  sebagai pemimpin rakyat yang tidak gentar berhadapan gertakan British.  Pada tahun 1950,beliau adalah tokoh utama dalam Peristiwa Natrah di  Singapura sehingga beliau dipenjarakan. Namun demi meredakan kemarahan  orang Melayu rejim British terpaksa membebaskan beliau. Dr.Burhanuddin  meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969.
Kongres sambutan  ulangtahun ke 60 Tahun PAS
kini Perjuangan PAS semakin mendapat perhatian banyak pihak . Memetik  ucapan Presiden PAS ketika meyampaikan ucaptama di kongres sambutan 60  Tahun PAS di Dewan Milenium,Kepala Batas, :
"kini PAS sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang  kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951. PAS kini telah  mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.
Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat  ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun  menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak  oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.
"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.
"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah.
Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya  untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah  biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan  Rakyat."
Sempena sambutan ulangtahun ke  60 Tahun PAS pada  1 oktober 2011,  Anugerah Pahlawan Umat telah diberikan kepada Allahyarham Dr.Burhanuddin  al-Helmy.Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PAS Dato’Seri Tuan  Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada Isteri Allahyarham Dr.Burhauddin  disaksikan ribuan orang di Dewan Milenium kepala batas Pulau Pinang.
