BAB KEDUA
KONSEP FIQH SEMASA SEBAGAI SATU KONSEP
- Pengertian Fiqh Semasa dan Keperluan.
Fiqh dari segi bahasa Arab bermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari percakapan seseorang.
Menurut istilah fiqh adalah ilmu tentang hukum-hukum syarak yang amaliah, praktikal yang diambil daripada dalil-dalilnya yang tafsiliyah (terperinci).
Manakala menurut Abu Zahrah fiqh adalah mengetahui hukum-hukum syarak yang bersifat amaliah yang dikaji dari dalil-dalilnya secara terperinci. Manakala menurut Abdul Karim Zaidan fiqh menurut istilah syarak iaitu semua hukum agama yang dibawa datang oleh syariat Islamiyah sama ada hukum yang berkait dengan aqidah, akhlak, ibadat dan muamalat.
Namun demikian takrif fiqh yang terkini adalah yang bersangkut hukum-hukum ibadat, muamalat dan hukum-hukum yang hasil dari ijtihad kerana itu orang yang betaklid tidak dinamakan ahli fekah (fuqaha') kerana mereka tidak berusaha untuk mencari dalil dan berijtihad mereka yang pengikut kepada ahli fekah. Didalam undang-undang sivil Islam (al-Ahkam al-'Adliyah) ada menyebut bahawa fiqh adalah ilmu mengenai masalah-masalah syarak yang berbentuk perbuatan. Masalah-masalah fiqh terbahagi kepada dua iaitu sama ada mengenai urusan akhirat seperti ibadat ataupun mengenai urusan dunia. Urusan dunia terbahagi kepada perkahwinan (muamalat) dan hukuman atau keseksaan (uqubat).
- Keperluan kepada Fiqh Semasa (Mu'asir),
Pengajian hukum Islam sekarang berada di persimpangan jalan, jalan pertama menuju kearah pembekuan hukum dan fatwa yang bergantung sepenuh dengan pendapat para fuqaha dan bergantung sepenuh dengan pendapat ulama generasi taklid berada di zaman kemunduran dan kejatuhan iaitu di zaman dikatakan bahawa "pintu ijtihad telah tertutup". Sementara jalan kedua bertujuan untuk memahami syariah berasaskan pengertiannya yang hakiki dan semangat ketamadunannya yang tulen, iaitu berasaskan kepada keadilan, perkembangan dan kemajuan. Jalan kedua inilah yang dipilih oleh "ulama salaf" terdahulu, iaitu yang membawa kegemilangan pengajian fiqh dan ijtihad.
Sebenarnya ijtihad telah menjadi sesuatu yang sangat perlu bahkan fardu kifayah. Ijtihad di zaman sekarang, ijtihad bukanlah sesuatu yang susah sebagaimana yang disebut oleh ulama usul, Rasyid Ridha menyatakan:
Melaksanakan ijtihad sebagaimana yang dikehendaki pakar usul tidaklah sesuatu yang sukar dan memerlukan kerja keras, contohnya dalam bidang hak-hak kemanusiaan , hukum dan undang-undang, kedoktoran, falsafah, dan lainnya. Namun demikian sebahagian ulama memang kelihatan kurang mendukung gerakan pembaharuan sehingga menyebabkan para pengkaji akhirnya lari dari berijtihad.
Oleh itulah antara rahsia al-Quran didatangkan oleh Allah untuk umat manusia adalah sebagai petunjuk kepada manusia. prinsip-prinsip al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan, ruhaniyyah, keduniaan, kolekif dan individu. Ia bertujuan membangunkan akhlak individu dan melindungi kemerdekaannya disamping itu ia menjaga kemaslahatan dan kepentingan masyarakat. Dalam hal ini Allah berfirman:
Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala perkara dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (al-Nahl 6:89)
Prinsip-prinsip yang digariskan oleh kitab suci al-Quran itu merangkumi prinsip darurah dan hajat untuk mengatasi seluruh lapangan hidup manusia. Kerana itu Ibn Qayyim memandang berat kepentingan awam, beliau menyuruh ditukarkan fatwa kerana perubahan masa, tempat dan keadaan. Ibn Qayyim berpegang kepada kisah yang disampaikan oleh gurunya, Ibn Taimiyah. Ibn Taimiyah pernah berkata:
Saya berlalu dengan beberapa orang sahabat saya pada zaman tartar bersama di hadapan sekumpulan orang yang sedang minum arak. Salah seorang sahabat saya ingin menegur mereka tetapi saya menahannya dari berbuat demikian dengan berkata, Allah telah mengharamkan arak kerana cecair itu menghalang dari mengingati Allah dan solat, tetapi arak di sini telah memesongkan orang-orang tartar daripada membunuh, menangkap kanak-kanak dan merompak, biarkanlah mereka.
Berdasarkan kenyataan yang telah disebutkan itu, bukan bermakna Ibn Taimiyah telah mengenepikan hukum arak itu, tetapi beliau memandang keadaan darurah untuk menyelamatkan manusia dari terbunuh dan dirompak oleh tartar yang zalim itu.
Konsep fiqh Islam mementingkan kemudahan dan menolak kesulitan, Islam adalah agama yang menjaga keperluan dan menjamin kebahagian manusia melalui hukum hakam yang disyariatkan. Oleh itu manusia mampu dan berkuasa untuk melaksanakan semua hukum hakam tersebut. Jika mereka menghadapi kesulitan dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut atau dengan melakukannya ia boleh membawa musyaqqah (bebanan) yang berat disebabkan keadaan tertentu. Maka Islam membuka pintu kemudahan dan keringanan dihadapannya. Dalam hal ini berkata Ibn Taimiyah "Sesungguhnya Syariat Islamiah datang adalah untuk menghasilkan maslahah menyempurnakan maslahah dan menolak kerosakan.
Maslahah yang diraikan ialah maslahah yang melibatkan maslahah duniawi ataupun maslahah ukhrawi atau maslahah ukhrawi dan duniawi sekaligus. Setiap satu maslahah ini mempunyai jalan-jalan untuk mengenalinya sama ada melalui akal atau melalui syarak atau melalui keduanya sekaligus.
Di antara dalil-dalil mengenai Islam mementingkan maslahah firman Allah ta'ala: Dan Allah (sekali-kali) tidak menjadikan keatas kamu dalam agama suatu kesempitan. (Al-Haj: 78)
firman Allah ta'ala lagi:
Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
(Al-Baqarah: 185)
Sabda Nabi s.a.w: ان الدين يســر
Sesungguhnya agama (Islam) itu adalah mudah. (Al-Bukhari: 39)
Berdasarkan hadith jelaslah bahawa syariah itu di bina atas "Mengambil manafaat dan menolak mudarat". kerana syariat Islam adalah untuk memenuhi maslahah hamba pada masa sekarang atau pada masa akan datang, dan menolak kemudaratan daripada mereka sehingga fuqaha' mengemukakan satu takrif sebagaimana yang disebut oleh Abdul Karim Zaidan :
"Sesungguhnya syariah itu semuanya adalah maslahah, sama ada menolak kerosakan atau mengambil manafaat".
Kenyataan tersebut bersandarkan kepada beberapa nas di antaranya, Firman Allah ta'ala mengenai risalah kerasulan Muhammad s.a.w,
"Dan Kami tidak utuskan enkau wahai Muhammad melainkan membawa rahmat untuk sekalian alam". (al-Anbia 107)
Ayat tersebut menyatakan bahawa perutusan Nabi Muhammad ke dunia ini adalah membawa rahmat kepada manusia iaitu menjaga maslahah hamba dan menolak kerosakan dan kemudaratan daripada mereka. Keistimewaan ini telah memberi gambaran secara detail akan keindahan agama Islam itu sendiri. Syariat Islam ini mampu menangani perubahan dan perkara baru yang berlaku pada masa dulu dan kini. Apa yang lebih menarik syariat Islam adalah satu hikmah yang mengambarkan Allah SWT menurunkan syariat ini berdasarkan kesesuaian masa dan tempat yang menjadikan ia sesuai dilaksanakan hingga hari kiamat.
Keadaan tersebut terdapat di dalam syariat Islamiyah, kerana ia bersifat alamiyah dan umumiyah. Ia menjadi rahmat kepada seluruh alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia, merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, negara bangsa, dan kabilah tertentu sahaja bahkan, ia untuk manusia di mana juga mereka berada. Alamiyah atau kesejagatan syariat Islam telah ditegaskan oleh Allah s.w.t, dalam beberapa firman-Nya di antara lain:
Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua semuanya". (Al-A'raf 158)
Dalam pada itu para ulama telah bertungkus lumus dalam menyusun dan menyebar agama Allah kepada manusia, berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh mereka. Ini sesuai dengan maksud Allah menurunkan hukum adalah untuk kemaslahatan manusia. Kaedah ini menyatakan bahawa mengetahui tujuan pembuat syarak (Allah) di dalam mensyara'kan sesuatu perkara amat penting untuk dapat memahami nas-nas dengan sempurna dan memanjangkanya serta menetapkan hukum dan meletakknnya ke atas sesuatu yang tidak mempunyai nas.
Untuk mengeluarkan hukum baru mestilah berkemampuan berijtihad, sebelum perbincangan lebih lanjut apakah definisi Ijtihad dalam hukum
Secara bahasa ijtihad (اجتهـاد) berasal dari kata الجـهـد
yang bererti الطاقة ertinya upaya yang sungguh-sungguh.
yang bererti الطاقة ertinya upaya yang sungguh-sungguh.
Manakala menurut istilah Ijtihad ialah curahan tenaga dari seorang faqih yang mengkaji dalil-dalil untuk mengeluarkan hukum –hukum syarak bagi masalah furu'.
Menurut Yusuf al-Qaradhawi yang dipetik dari definisi al-Amidi:
Mencurah semua kemampuan untuk mencari hukum syarak yang bersifat zanniy,
sampai dirinya merasa tidak mampu untuk mencari tambahan kemampuannya itu.
Seorang Rukun Ijtihad ialah perkara yang pasti ada untuk menjayakan ijtihad yang dikira oleh syarak dan mendapat penilaian oleh ulama:
- Peristiwa iaitu keseluruhan ijtihad yang di sebut sebagai curahan tenaga kerana mencari hukum bagi peristiwa yang berlaku atau dijangka akan berlaku, dan peristiwa itu tidak diliputi oleh hukum dari nas al-Quran, hadis atau Ijmak, maka peristiwa memerlukan hukum dari segi syarak' melalui ijtihad.
- Mujtahid iaitu faqih yang mencurahkan tenaganya. ia mestilah seorang yang berbakat dan bersedia untuk memahami peristiwa itu dan memahami juga hukum Allah mengenai peristiwa itu, orangnya , mestilah baligh, berakal , mempunyai kemampuan mengeluarkan hukum dari sumber-sumbernya.
- dalil-dalil syarak' ialah panduan kearah mencapai tujuan. Melalui panduan itu boleh sampai kepada hukum syarak sama ada qat'iy atau zanniy. Maksudnya dalil-dalil sam'iy seperti kitab al-Quran, hadith, ijmak dan qiyas atau dalil yang dipertikaikan seperti istihsan, masalih al-mursalah dan lain-lain.
- Masalah (bahan) ijtihad iaitu hukum syarak bagi masalah furu' yang tidak diliputi oleh dalil qat'iy. Ertinya ijtihad bukan dalam masalah dasar (usul) kerana itu bukan dalam bidang fiqh, ijtihad juga tidak berlaku dalam bidang perkara yang pasti dalam agama seperti hukum sembahyang, zakat, puasa, hukum zina, Hukum mencuri dan lain-lain. Perkara ini adalah nyata dalam syariat dan dalil-dalil hukum ini adalah qat'iy tanpa meragukan. Penentangnya dikira berdosa dan ada kemungkinan di hukum kafir.
Hukum berijtihad
Ijtihad berbagai golongan ulama terbahagi tiga:
- Fardhu 'ain, kiranya sesuatu peristiwa berlaku pada diri mujtahid sendiri dan memerlukan hukum secara ijtihad. Maka berkewajipan ia berijtihad kerana dia dilarang bertaklidkan orang lain dalam kes yang bersangkutan dengan dirinya atau orang lain.
- Fardhu 'ain, jikalau peristiwa dan tidak mujtahid selainnya di tempat itu, dan tidak pula boleh bertanyakan hukum di tempat lain kerana beberapa halangan. Dalam keadaan demikian yang disebutkan adalah wajib dilaksanakan ijtihad dengan segera kalau bimbang akan luput peristiwa tanpa hukum. Ertinya jika tidak bimbang akan luput peristiwa tanpa hukum maka kewajipan ijtihad tidaklah secara segera.
- ijtihad adalah sunat, kalau dilakukan untuk mengetahui hukum perkara yang belum berlaku. ini di buat sebagai persediaan bagi masalah yang dijangka akan berlaku. Inilah yang di sebut "fiqh
taqdiri". bagaimanapun imam Malik tidak senang dengan cara ini. Kalau beliau ditanya beberapa masalah, beliau akan bertanya sama ada masalah itu sudah berlaku atau tidak. Kalau jawapannya tidak beliau berkata, tunggulah sampai ia berlaku.
Ijtihad di zaman kini merupakan satu keperluan bahkan satu keperluan masyarakat yang ingin hidup bersama Islam. di sini mungkin timbul persoalan adakah pintu ijtihad masih terbuka. Untuk menjawab pertanyaan tersebut. Jalaluddin al-Suyuti (wafat 911h) telah menulis di dalam risalahnya bertajuk bantahan terhadap orang yang mengabadikan taklid di bumi dan tidak tahu bahawa ijtihad di setiap zaman adalah fardhu.
Ijtihad bentuk baru yang diperlukan ialah ijtihad intiqai adalah ijtihad untuk menilik salah satu pendapat yang terkuat Memahami objek ijtihad dalam erti luas ini, agaknya patut dilihat pandangan Muhammad al-Tiwana. Dalam satu bukunya al-Tiwana membahagikan ijtihad dalam tiga objek:
- Ijtihad dalam rangka memberi penjelasan dan penafsiran terhadap nas.
- Ijtihad dalam melakukan qiyas terhadap hukum-hukum yang telah ada dan telah disepakati.
- Ijtihad dalam erti penggunaan ra'yu.
3.1. Contoh Hukum Fiqh Semasa.
Hukum kebiasaan yang diterima pakai oleh masyarakat Islam di Malaysia dalam masalah bersalaman lelaki dengan seorang perempuan ajnabi adalah haram. Namun dalam masalah bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabi, ada dua kecenderungan di kalangan ulama'; Pertama: ada di antara mereka yang mengatakan haram sama sekali jika bersalaman itu tanpa alas, sama ada bersalaman dengan bernafsu ataupun tidak, tetapi jika dengan beralas, ada pendapat yang mengatakan harus dan ada pendapat yang mengatakan tidak harus. Kedua: Pendapat sebahagian ulama' muta'akhir di Mesir, menurut mereka adalah harus jika tidak bermaksud untuk melayani nafsu atau membangkitkannya. Maksudnya yang berlaku di dalam suasana yang normal dan ada keperluan di sebaliknya yang tidak bertentangan dengan kehendak syarak.
Kedua-dua pendapat ulama itu mempunyai alasan masing-masing, hujah bagi pendapat yang menyatakan tidak harus; melihat kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada 'Aishah r.a, katanya Nabi s.a.w, telah mengadakan baiah dengan orang-orang perempuan melalui ucapan sahaja . tangan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh tangan seseorang wanita kecuali yang dimilikinya (isteri).
Hadis di atas disokong oleh hadis yang lain yang diriwayatkan oleh al-Thabrani bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: jika seseorang kamu ditikam dengan jarum besi sekalipun adalah lebih baik baginya daripada ia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal kepadanya.
Hadis di atas juga disokong oleh hadis yang disabdakan oleh Nabi s.aw: Sesiapa yang menyentuh tapak tangan seseorang perempuan yang tidak halal kepadanya maka akan diletakkan bara api neraka di atas tapak tangannya di hari kiamat nanti.
Mereka yang mengharuskan bersalaman dengan beralas telah berhujah dengan dalil berikut:
Al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan telah diriwayatkan bahawa Nabi saw telah mengadakan baiah dengan sekumpulan orang perempuan, di antara dua tangan baginda terdapat sehelai kain yang dijadikan alas.
Melihat kepada percanggahan pendapat dan hujah bagi kedua-dua belah pihak menyebabkan sebahagian ulama menolak hukum haram bersalaman di antara seorang lelaki ajnabi dengan seorang perempuan yang ajnabiyyah mereka menegaskan:
1. Hukum haram di dalam sesuatu perkara wajiblah berdasarkan kepada dalil yang qati'i (putus) , tetapi di dalam masalah ini tidak ada satu dalil pun sama ada daripada al-Quran ataupun sunnah yang secara qati'i menunjukkan hukum haram.
tidak akan berselisih pendapat tentang pembatalan wuduk. Wujudnya perselisihan pendapat dikalangan ulama menunjukkan bahawa masalah ini tidak ada dalil qati'i yang mengharamkannya , dan tidak ada seorang pun imam mazhab yang mktamad menyatakan haram bersalaman seorang lelaki dengan seorang perempuan ajnabiyyah.
3.2. Majlis ulama Indonesia (MUI) telah mengadakan ijtihad secara kolektif antara ijtihad pada tarikh 1 jun 1980, MUI dalam mengeluarkan fatwa dengan menggunakan kaedah Maqasid
al-Syariah antara ijtihad tersebut :
al-Syariah antara ijtihad tersebut :
- Perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki non- muslim adalah haram hukumnya. Seorang lelaki muslim dilarang mengahwini wanita bukan muslim. Tentang perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita ahli Kitab terdapat perbezaan pendapat . setelah mempertimbangan mafsadah (kerosakan) lebih besar dari maslahah (kebaikan), maka Majlis ulama Indonesia memfatwakan perkahwinan tersebut adalah haram. Pengharaman tersebut bertititik tolak dari pemahaman al-Quran surah al-Baqarah ayat 221, tentang larangan lelaki muslim mengahwini wanita musyrikah . berkaitan dengan hukum mengahwini wanita ahli Kitab , disebut dalam surah al-Maidah ayat 5, memang terdapat perbezaan pendapat antara ulama, Namun melihat realiti sekarang banyak menimbulkan implikasi yang negatif, maka MUI memutuskan hukum haram terhadap perkahwinan lelaki muslim terhadap wanita ahli Kitab.
- Fatwa MUI tentang keharusan "sertifikasi halal" bagi produk makanan , minuman dan kosmetik . MUI melalui Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan kosmetika (LP-POM MUI) berupaya melakukan penelitian terhadap produk makanan, minuman, obat, dan kosmetik yang diproduksi oleh suatu kilang untuk dipasarkan.
Kedudukan fatwa dan hukum sangat penting didalam masyarakat Islam di masa kini. Oleh yang demkian, sebarang poses pengeluaran hukum atau fatwa hendaklah berlandaskan metodologi-metodologi tertentu yang telah ditetapkan. Ini adalah bertujuan untuk menyediakan garis panduan kepada para ulama, mufti agar ianya sentiasa berada di atas landasan yang dibenarkan oleh syarak.
Yusuf al-Qaradhawi antara lain ada menyebut dalam fiqh awalawiyat :
- Fiqh Keutamaan penting antara lain, 1. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-masalih (kemaslahatan) atau (kemanfaatan) , ataupun perbandinagan semua kebaikan yang diperintahkan antara satu sama lainnya.
- Melakukan perbandinagan antara
- Fiqh Hukum Islam secara keseluruhannya didirikan di atas dasar mengambil kira maslahah manusia. Maka, setiap perkara yang memberikan maslahah adalah di tuntut apabila dalil-dalil syarak juga turut menuntut maslahah tersebut, sebaliknya setiap perkara yang mendatangkan mudarat adalah dilarang apabila terdapat dalil-dalil yang menunjukkan tegahannya. Dalil-dalil yang umum menyatakan dengan jelas bahawa syarak memberikan perhatian yang serius mengenai maslahah manusia. Bahkan, maslahah itu sendiri dijadikan pensyariatan hukum sebagaimana mudarat dan maslahah ditolak sama ada ia sedang berlaku ataupun yang aka berlaku. Hal ini telah dinyatakan di dalam al-Quran, al-Sunah dan pandangan sahabat.
Berkata al-Qarafi (ulama abad ke 7):
"Apa yang ada dalam syariah akan mengikut kehendak adat di mana hukum akan berubah apabila adat lama berubah kepada adat baru".
Begitu juga kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam I'lam al-Muwwaqi'in:
"Perubahan fatwa mengikut perubahan zaman, masa, tempat, keadaan niat dan adat".
Ibn Qayyim telah memperingatkan tentang kaedah yang amat jelas, yang merupakan satu kesalahan yang besar bagi orang yang jahil tentangnya dalam memahami syariah Islam. Dalam hal ini ramai para fuqaha yang menulis methodologi syariat dan objektfnya, seperti Izz al-Din Abd Salam al-Syafie, Ibn Qayyim al-Jauziyah al-Hanbali, Abu Ishaq al-Syatibi al-Maliki dan lain-lain, meskipun mereka berbagai mazhab dan aliran dalam masalah ini.
Izz al-Din ada menyebut tentang maslahah:
"Semua beban taklif merujuk kepada kepentingan manusia di dunia dan di akhirat. Sementara Allah tidak memerlukan apa-apa daripada hambanya. Siapapun tidak memberi faedah kepada-NYA dan siapa pun derhaka tidak mendatangkan keburukan keatas-NYA".
Dalam al-Muwafaqat al-Syatibi menegaskan dengan katanya:
"Hukum muamalat dan objektif syariat boleh difahami dengan akal. Ianya berasaskan kepada menjaga kemaslahatan dan menolak mudarat bagi umat manusia. Dalam kata lain, hukum-hukum berasaskan prinsip bermanafaat itu harus dan yang mendatangkan mudarat dan keburukan itu adalah dilarang".
Soal hukum semasa atau kontemporari ini ditegaskan oleh al-Qaradhawi. Dalam buku yang bertajuk al-Fiqh al-Islami Bayna al-Asalah wa al-Tajdid, al-Qaradhawi menyatakan bahawa salah satu keistimewaan fiqh Islam ialah kemampuannya untuk berkembang dan diperbaharui serta sifatnya yang memungkinkan menghadapi apa saja masalah yang timbul tanpa mengira saiznya.
Tidak hairanlah, mengapa fiqh ini mampu meresap ke dalam berbagai masyarakat dan negara serta asas perundangan bagi bermacam-macam bangsa yang mewarisi berbagai corak tamadun.
Dalam buku al-Ijtihad al-Mu'asir Bayna al-Indibat wa al-Infirat, al-Qaradhawi mengkritik golongan tradisional yang menolak ijtihad baru dengan anggapan bahawa semua keperluan hukum untuk hari ini sudah pun ada dalam kitab-kitab fiqh warisan yang banyak itu. Beliau menegaskan:
"Setiap zaman ada persoalannya sendiri, ada kejadian sendiri dan ada keperluan sendiri. bumi ini berputar, cakrawala beredar, alam bergerak dan jarum jam tidak pernah berhenti. Bersama pusingan yang terus menerus dan pergerakan yang tidak terhenti-henti ini hari-hari dipenuhi oleh berbagai kejadian dan peristiwa baru yang tidak pernah dikenali, malah tidak pernah terlintas di hati orang-orang terdahulu. mungkin kalau mereka ditanya tentang hal-hal seperti itu mereka akan terus mengatakan ia adalah perkara yang mustahil akan berlaku. Lalu bagaimana kita boleh gambarkan mereka telah menentukan hukum untuk hal-hal seperti itu?"
Fiqh Islam mementingkan kemudahan dan menolak kesulitan, sesungguhnya Islam adalah agama yang menjaga keperluan dan menjamin kebahagian manusia melalui hukum hakam yang disyariatkan. Oleh itu manusia mampu dan berkuasa untuk melaksanakan semua hukum hakam tersebut. Jika mereka menghadapi kesulitan dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut atau dengan melakukannya ia boleh membawa musyaqqah (bebanan) yang berat disebabkan keadaan tertentu. Maka Islam membuka pintu kemudahan dan keringanan dihadapannya.
Dalil-dalil: firman Allah: dan Allah (sekali-kali) tidak menjadikan keatas kamu dalam agama suatu kesempitan. (Al-Haj: 78)
Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)
Sabda Nabi: ان الدين يســر
Sesungguhnya agama (Islam) itu adalah mudah. (Al-Bukhari: 39)
Kesimpulannya
pemikiran hukum Islam semasa merupakan sesuatu yang penting dalam pengajian syariah. Ia bukan sahaja diperlukan pada hari ini tetapi juga sentiasa subur dari zaman Rasulullah saw lagi sampailah kehari ini.
pemikiran hukum Islam semasa merupakan sesuatu yang penting dalam pengajian syariah. Ia bukan sahaja diperlukan pada hari ini tetapi juga sentiasa subur dari zaman Rasulullah saw lagi sampailah kehari ini.
Bagaimanapun, perkembangannya mengalami pasang surut sesuai dengan perkembangan yang dialami oleh ijtihad itu sendiri. Apabila aktiviti ijtihad terhenti dalam tempoh yang lama. Akibatnya, banyak realiti hidup semasa yang terabai begitu sahaja. Kerana itu dalam penulisan hukum dalam tempoh berkenaan banyak hukum dan fatwa yang tidak realistik berbanding dengan kehendak syariat sendiri yang sentiasa memberi perhatian soal hidup semasa melalui doktrin 'uruf.
Maka dalam usaha mengaktifkan ijtihad semasa faktor realiti hidup semasa ini perlu diambil kira. ia boleh disalurkan melalui berbagai sumber hukum termasuk qiyas, istihsan, maslahah, uruf dan sebagainya. Malah lebih penting, ia memerlukan kajian lapangan bagi menjadikan ia lebih mantap.
4.1. Metodologi Mengeluarkan Hukum.
Antara metodologi yang digunakan untuk mengeluarkan hukum atau hukum semasa, adalah seperti yang digunakan oleh Yusuf al-Qaradhawi, salah seorang tokoh ulama semasa adalah: Yusuf al-Qaradhawi telah menjelaskan metodologi moden untuk berfatwa atau mengeluarkan hukum antara beberapa asas tersebut iaitu:
- Syarat pertama dan paling penting ialah membuka pintu ijtihad semula, iaitu membebaskan diri daripada taksub mazhab. Dalam masalah yang tidak terdapat padanya nas daripada kitab Allah dan sunnah rasul yang mewajibkan bertaklid kepada mereka dalam apa yang telah mereka ijtihadkan. Melepaskan diri daripada fanatik ataupun ta'asub kepada sesuatu mazhab, baik dari kalangan ulama terdahulu ataupun muta'akhirin. Tetapi beberapa perkara mustahak yang tidak boleh diketepikan oleh seorang alim pada masa ini adalah:
- Tidak boleh mengambil satu pendapat dalam satu-satu persoalan tanpa dilandasi dalil atau hujah yang kuat, tidak ada hujah lain yang sebanding dan setaraf dengannya. Jangan bertindak macam setengah orang yang mengambil satu pendapat hanya kerana pendapat itu dikemukakan oleh seseorang atau dari mazhab tertentu tanpa didasari oleh dalil atau hujah yang kuat, kerana ilmu tidak dapat dikatakan sebagai ilmu tulin, jika ia tidak didasarkan dalil atau hujah. Ali bin Abu Talib berkata: "Hak dan kebenaran itu bukan diketahui melalui orang, tetapi kenalilah akan hak dan kebenaran, nescaya engkau akan mengenali siapa orang yang memperjuangkan kebenaran tersebut" .
- Memiliki kemampuan untuk mentarjihkan pendapat yang lebih kuat di antara pendapat yang berbeza-beza atau saling bercangah , dengan menggunakan kaedah pertimbangan dari segi kuat dan lemahnya pendapat-pendapat tadi, supaya dengan cara itu dapat memilih pendapat yang lebih sesuai dengan nas syarak dan lebih memberikan kemaslahatan dan kebaikan bagi kehidupan manusia, yang mana ianya menjadi salah satu tujuan syariat Islamiah. Untuk melaksanakan tugas-tugas seperti ini bukanlah perkara yang amat sukar bagi mereka yang telah memiliki semua seluk beluk ilmu bahasa Arab, memahami roh dan jiwa syariat Islam, di samping pengalaman dan pengajiannya yang luas dalam ilmu Tafsir an hadis Nabi Muhammad s.a.w., serta pengajian perbandingan pendapat para ulama yang muktabar.
- Hendaklah mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk melakukan ijtihad juz'i, dalam satu-satu masalah tertentu yang belum ada ketetapan hukumnya dari ulama terdahulu, sehingga dia mampu untuk mengali ketentuan hukum baru bagi masalah tersebut yang boleh diletakkan di alam kandungan makna syarak yang thabit. Atau dengan cara melakukan qiyas masalah baru dengan masalah yang hampir serupa yang telah ada ketentuan hukumnya dalam nas syarak, atau dengan cara meletakkan di bawah kaedah al-istihsan atau al-masalih al-mursalah , atau kaedah-kaedah lain yang diiktibar sebagai hujah sumber hukum.
- Memudahkan bukan menyusahkan, hal ini kerana berdasarkan dua sebab; Pertama: syariat Islam berasaskan atas kemudahan dan menghilangkan kesusahan keatas hamba Allah ta'ala. Hal in telah dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunah. Diantaranya firman Allah ta'ala: Allah tidak menghendaki menyusahkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatnya bagimu. (surah al-Maidah: 6)Disamping banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang melarang manusia bersikap melampau batas dan keterlaluan serta memberat-beratkan dalam urusan agama Allah serta sesetengah orang yang mengharamkan benda-benda dan perkara-pekara yang dihalalkan oleh Allah ta'ala.Baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Permudahkanlah olehmu jangan menyusahkan.berilah khabar gembira dan jangan buat orang lari daripadamu". Baginda Nabi s.a.w juga membantah orang-orang yang bersiap melampau batas dalam perkara agama dengan mengambil perkara-perkara yang susah dan sulit dalam masalah ibadat atau perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah.Kedua realiti zaman yang sedang dihadapi ini di mana perkara kebendaan atau material sudah pesat maju dan melangkah mendahului perkara kerohanian, arus gelombang maksiat, kekufuran didokong dan dibantu oleh satu kekuatan yang sangat dahsyat. Bagi orang yang suka mengikut arus maksiat, kekufuran akan mendapat sokongan dan kemudahan untuk memenuhi nafsu syahwat, mungkin akan dibantu dinaikan pangkat dan kedudukan.Sehingga orang yang berpegang dengan ajaran Islam bagaikan orang yang berpegang dengan bara api. Dalam keadaan demikian alim ulama dan ahli fatwa seharusnya memberikan kemudahan dan keringanan dengan tujuan untuk memberikan kecintaan baginya kepada ajaran Islam dengan tujuan memperkukuh dan memperteguh pegangannya terhadap Islam. Al-Nawawi meriwayatkan daripada Sufyan al-Thawri dengan katanya:"Hanya sanya (orang yang arif) fiqh itu ialah yang memberikan rukhsah (keringanan), sedangkan (menetapkan) hukum yang berat itu boleh dilakukan oleh setiap orang.
- Berbicara kepada manusia dengan bahasa semasa, yang mudah difahami, menghindari dari menggunakan istilah-istilah yang pelik dan asing yang sukar difahami oleh mereka. Sebaliknya guna istilah masakini, mudah dimegerti dan jelas. Firman allah ta'ala Maksudnya; "Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka." (Ibrahim : 4)Ali bin Abu Talib pernah berkata:"Berbicaalah dengan orang-orang dengan bahasa yang mereka ketahui dan jauhilah apa-apa yang mereka tidak mengerti. Adakah kamu mahu Allah dan Rasulnya didustakan?"Allah berfirman:"Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan dengan bahasa kaumya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka". (Ibrahim: 4)Oleh itu setiap zaman mempunyai bahasa khas yang mempunai ciri-ciri tersendiri, Sesiapa yang ingin berbicara dengan orang-orang di zaman tertentu mesilah mengetahui bahasanya dan berbicara menggunakan bahasa tersebut, bahkan termasuk cara pemikiran, cara memahami dan memahahamkan. Antara yang perlu diperhatikan:
- Perbicaraan haruslah menggunakan akal dan logik, buka dengan perasaan dan emosi yang tidak dapat dikawal.
- Susunan perkataan dan gaya bahasa yang idak sepatutnya terlalu mendalam dan memberatkan.
- Hukum-hakam hendaklah isebut dengan hikah dan beralasan serta dikaitkan dengan falsafah islam secara umum.
- Keringanan. Kerana keadaan darurat membolehkan hal-hal yang dilarang agama.hal ini dengan melihat tahap atau besar kecilnya darurat yang ada.
- Melihat tujuan syariat dan perubahan fatwa.
Selain itu seseorang mufti itu juga hendaklah mampu untuk mentarjihkan antara pendapat-pendapat yang berlawanan dan membuat satu perbandinagan terhadap semua yang ada sebelum membuat sesuatu keputusan.
METODOLOGI DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM
Metod (metode) bererti cara melakukan sesuatu atau sistem, ia berasal dari bahasa Inggeris (metod)
yang bererti sistem, aturan atau kaedah. Pemakaian metod dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sama ertinya.
yang bererti sistem, aturan atau kaedah. Pemakaian metod dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sama ertinya.
Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Arab yang sangat dekat pengertiannya dengan metode. Perkataan-perkataan itu ialah uslub,
mahaj dan juga wasilah. Dalam bahasa Arab, uslub bererti jalan atau cara. ia membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
mahaj dan juga wasilah. Dalam bahasa Arab, uslub bererti jalan atau cara. ia membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Dari pengertian tersebut uslub dan Manhaj sama ertinya dan kedua-duanya sama dengan pengertian metod dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Dengan itu metode, uslub dan Manhaj mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain, kerana ketiga-tiganya satu dari sudut makna.
Dakwah kepada orang bukan Islam memerlukan metode yang sesuai dan mantap, supaya usaha dakwah mendapat tarikan dan pengaruh dari sasaran.
Dakwah Islam adalah menyeru manusia kepada satu aqidah, satu kiblat dengan bersyahadah dan berikrarkan Tuhan yang maha esa, Tuhan sekalian alam. Matlamat yang murni ini diserukan dan didakwahkan kepada manusia dengan pelbagai cara seruan dan pelbagai uslub dakwah.
Orang bukan Islam terdiri daripada golongan yang bermacam-macam, Abdul Karim Zaidan telah membahagi orang bukan kepada tiga, iaitu:
- Golongan atasan, yang biasanya lebih banyak menentang dakwah dan sukar untuk diajak kepada slam kerana ingin mempertahankan kedudukan mereka.
- Golongan orang awam, yang biasanya lebih senang menerima dakwah kerana mereka tiada apa-apa kepentingan untuk menolak Islam.
- Golongan munafik, yang sering melakukan kerosakan dalaman masyarakat Islam. Mereka juga susah untuk menerima dakwah kerana terikat dengan kepentingan mereka.
Dalam tajuk ini penulis akan menyenaraikan beberapa contoh orang bukan islam yang memeuk islam dengan mebaca dan memahami kandungan al-quran yang merpakan kitab petunjuk kepada semua umat manusa.
- Umar al-Khatab.
Abu Nu'aim dan Ibn 'Asakir meriwayatkan dari ibn Abbas r.a, Umar al-Khatab telah menceritakan bagaimana beliau memeuk Islam. Umar keluar dengan pedang terhuns dalam perjalanan ia bertemu dngan pemuda bani Makhzum. lelaki itu bertanya: mahu kemana wahai umar? Umar menjawab: "aku mahu membunuh Muhammad". Lelaki itu berkata: "bagaimana kamu boleh selamat dari tindak balas keluarganya dari bani Hasyim dan bani Zuhrah?" umar menjawab: "aku nampak awak juga telah menukar agama dan meniggalkan agama yang dianuti selama ini." Lelaki itu menjawab: kalaupun aku melakukannya, telah melakukannya orang yang lebih besar haknya keatasmu, lebih daripada aku." Umar bertanya: siapa? Lelaki itu menjawab: adikmu dan iparmu."
Dengan marah marah umar menuju kerumah adiknya. Ketika itu khabab bin al-arat sedang membaca al-Quran untuk adik umar dan iparnya . apabila mndengar suara umar, khabab terus menyembunyikan diri didalam rumah dan Fatimah bin al-Khatab sahifah (kertas yang tertulis) dengan ayat-ayat al-Quran. Umar terus menerkam iparnya dan menamparnya sehinggga terjatuh. Sebelum Umar bertindak lebih lagi adiknya Fatimah menghalang. Lalu Umar menampar Fatimah sehinga berdarah mukanya. Fatimah berkata: "yang benar bukan agama yang kamu anuti selama ini. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah, dan aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah."
Tiba-tiba Umar terasa sedih terhadap adiknya dan menyesal diatas kekasarannya. Lalu Umar pun berkata berkata kepada adiknya: lalu Umar berkata berikan lembaran (al-Quran) itu, aku mahu melihatnya". Adiknya menjawab: "Kau mash najis. Surat ini tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang bersuci." Umar pun pergi mandi. Setelah selesai ia mengambil lembaran itu, tiba-tiba didalamya ia terbaca firaman Allah:
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, setelah membacanya Umar berkata: "Nama-nama yang baik lagi suci."
ia meneruskan bacaannya: ....ayatt surah thaha...... Umar berkata: "Alangkah indahnya dan baik kata-kata ini. Aku masuk Islam. Tunjukkan kepadaku di mana Rasulullah?"
adiknya adiknya nya ..................ngan pedangnya
al-Quran telah mengubah keluarga Yousef al-Khattab walaupun berbangsa Yahudi, ia bukan penghalang kepada keluarga Yousef untuk menerima kebenaran dan memeluk Islam.
Yahudi adalah satu gerakan yang cukup zalim dan kejam tanpa mempunyai nilai-nilai ketamadunan manusia kecuali bernafsukan binatang. Rejim Israel menjadikan manusia yang lain umpama binatang buruan yang kemudiannya dibunuh dengan kejam. Tanpa ada sebarang peraturan dan undang-undang yang membataskan kecuali berpaksi kepada undang-undang rimba! Namun masih ada Yahudi yang waras akalnya. Malah sanggup meninggalkan segala macam doktrin Yahudi dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dan memeluk agama itu tanpa sebarang halangan dan prejudis. Antaranya, Yousef al-Khattab dan seisi keluarga memeluk Islam dengan seikhlas hati sekaligus membuktikan Islam agama sejagat.
"Saya dilahirkan dalam keluarga Yahudi tetapi lebih bersifat sekular, iaitu kami tidak begitu taksub terhadap ajaran Taurat dalam setiap aspek kehidupan.
"Bagi kami, ruang lingkup agama adalah ibadat dan bukan untuk dijadikan cara hidup" katanya. Ketika usianya mencecah 18 tahun, Yousef ingin melihat lebih jauh ke dalam agamanya sendiri, terutama dalam mempercayai kewujudan tuhan. Lantas memilih pengajian Rabbinical Orthodox Judaism ketika belajar di sekolah Yahudi. Pada 1988, Yousef kemudiannya menyambung pengajian peringkat tinggi, iaitu yang dikenali sebagai Yeshiva dan memulakan perjalanan hidupnya dengan mengikuti secara kultus atau mengamalkan ajaran yang selama ini dipelajari secara teori.
Pada 1991, Yousef mengahwini seorang wanita berketurunan Yahudi, bernama Luna Mellul yang kemudiannya dikenali Qamar al-Khattab setelah memeluk Islam.
"Isteri saya berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai Tetouan di Maghribi dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah Yahudi untuk kanak-kanak perempuan, Sampson Raphael Bet Yaakov atau Bais Yaakov setelah berpindah ke Manhattan Amerika Syarikat," kata Yousef.
Mereka dikurniakan Rachamin Cohen (kini dikenali sebagai Abdel Rahman) setahun kemudian. Perkahwinan yang dibina pada masa itu, penuh bahagia tanpa sebarang konflik. Selepas kelahiran Rachamin, pasangan Yahudi ini kemudiannya menetap di sebuah komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn Amerika Syarikat.
Ketika menetap di situ, Yousef mula mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ajaran Yahudi tidak menjadi satu amalan agama yang baik malah penuh dengan pembohongan dan penipuan.
"Mereka menggunakan institusi seperti kuil Yahudi, synagogue dan institusi kewangan Yahudi, Bank Yeshiva untuk menggelapkan wang-wang sumbangan sehingga menjadikan kehidupan masyarakat Yahudi di situ agak teruk dan pengotor.
"Ini menyebabkan saya berasa tidak lagi sesuai menetap dengan komuniti di situ. Apa lagi untuk membesarkan anak-anak" katanya.
Sehingga 1998, pasangan ini dikurniakan tiga anak lagi iaitu Hesibeh, Abdul Aziz (dahulunya Ezra) dan Abdullah (dahulunya Ovadia).
"Sehingga ke saat itu saya masih mempercayai bahawa agama Yahudi merupakan satu ajaran yang benar" katanya.
Begitupun kata Yousef, beliau sebenarnya masih tidak begitu memahami ajaran sebenar agama itu kerana untuk memahami Judaism ia terpaksa melalui tiga cara atau peringkat termasuk 'peringkat yang tersembunyi'. Peringkat-peringkat itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada teka-teki yang mengelirukan bagi mereka yang mengamalkan atau kultus Rabbinical.
"Anda tidak akan dapat belajar sehingga habis teks-teks Rabbinic kerana ada kalanya anda hanya perlu tunduk dan patuh kepada ketua agama yang dikenali sebagai rabbi (atau Elders of Zion) yang menentukan tahap-tahap tertentu untuk seseorang itu mempelajari agama Yahudi.
"Mereka inilah yang menterjemahkan agama Yahudi untuk anda dengan cara mereka yang tersendiri" kata Yousef.
Tetapi apabila rabbi dapat mengesan Yousef mula mempertikaikan ajaran Yahudi menyebabkan dirinya sentiasa diperhatikan.
"Rabbi hendak tahu ke mana kita hendak pergi dan dengan siapa kita berkawan, sehingga begitu sekali mereka mengawal penganut-penganutnya.
"Tidak cukup setakat itu, malah atas nasihat Rabbi, mereka meminta kami sekeluarga supaya berpindah untuk menetap di Palestin dan menjadi sebahagian penduduk dalam kerajaan Israel," katanya.
Ini kononnya agar pegangan Yousef terhadap ajaran Yahudi semakin kukuh kerana hidup dalam lingkungan agama dan penganut yang lebih kuat pegangan mereka terhadap agama Yahudi. Pada September 1998, mereka sekeluarga menuju ke Tebing Barat Gaza dan menetap di sebuah penempatan Yahudi iaitu Gush Qatif di situ.
Walaupun diberi pelbagai kemudahan ketika di situ tetapi peristiwa anaknya, Rachamin) ditipu oleh gurunya menyebabkan Yousef semakin tidak mempercayai agamanya sendiri. Rachamin ketika itu pulang dari sekolah dan sambil termengah-mengah kerana berlari beliau memberitahu bahawa guru yang mengajarnya di sekolah tidak menutup rambutnya dengan betul malah berpakaian menjolok mata.
"Anak saya dan para pelajar yang lain tidak diajar mengenai Taurat kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan dengan hanya bermain dan menyanyi" kata Yousef. Peristiwa itu menyebabkan Yousef tekad berpindah walaupun ketika itu beliau sendiri berada dalam kesempitan wang dan harta. Malah menurut Qamar, beliau tidak menyenangi keadaan dan corak kehidupan pendatang Yahudi di situ.
"Barulah saya mengenali siapa sebenarnya Yahudi. Antara lain sejak kecil anak-anak Yahudi yang hampir satu juta ramainya itu diajar supaya membenci dan menghina bangsa lain yang dianggap tidak layak mendiami bumi ini kecuali bangsa Yahudi.
"Ini merupakan sifat pentingkan diri sendiri yang paling teruk pernah saya jumpa. Walaupun kami Yahudi, kami menentang sikap-sikap bongkak seperti itu," kata Qamar.
Yousef kemudiannya memilih menetap di Netivot, iaitu sebuah penempatan yang telah dirampas hak miliknya daripada rakyat Palestin pada 1948. Sebuah pertubuhan parti politik yang bercirikan agama, Shas kemudiannya membantu Yousef memulakan kehidupan.
Mereka diberi sebuah rumah dan anak-anak Yousef dihantar ke sebuah sekolah persendirian sehingga anaknya berjaya menguasai bahasa Hebrew.
"Tetapi ketika menetap di situ saya berkenalan dengan seorang Arab Islam yang berasal dari Arab Saudi dan selama dua tahun perkenalan itu, kami sering menghabiskan masa bertukar-tukar pandangan mengenai agama masing-masing.
"Beliau sering bertanyakan kepada saya mengenai soal akidah dalam agama Yahudi untuk beliau bandingkan dengan tauhid uluhiah sebagai sebahagian daripada kepercayaan kepada monotheism dalam Islam" katanya.
Oleh kerana Yousef tidak mampu menjawab dengan baik mengenai pertanyaan kawannya itu, beliau merujuk kepada rabbi-rabbi Yahudi bagi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, tepat, jelas dan logik. Yousef begitu terperanjat apabila diberi hampir 1,001 jawapan yang berbeza-beza dan mengelirukan.
"Malah Rabbi tidak dapat menunjukkan kepada saya di mana perkataan atau nama tuhan (Yahweh) ada disebut dalam teks ajaran dan kitab Taurat.
"Ini menyebabkan saya semakin keliru terhadap pegangan saya selama ini. Lalu saya menuju ke penempatan Arab Palestin bagi mendapatkan senaskhah al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris," katanya.
Buat sekian kalinya, Yousef mengalami kejutan apabila mendapati kitab al-Quran itu mampu memberikan jawapan yang beliau cari selama ini.
"Malah al-Quran bukan sahaja menjelaskan kedudukan dan siapa sebenarnya bangsa Yahudi tetapi Allah masih dengan begitu belas dan mengasihi mengajak orang Yahudi kembali ke ajaran Islam," kata Yousef yang begitu bersyukur memiliki al-Quran dan tidak sanggup melepaskannya.
Beliau sanggup menghabiskan masa membaca keseluruhan al-Quran yang menyebabkan beliau tidak teragak-agak meninggalkan agama Yahudi.
"Saya memeluk Islam kerana saya tidak mampu menolak sebuah ajaran yang di dalamnya penuh dengan kebenaran dan menjawab pelbagai persoalan terutama soal ketuhanan.
"Malah saya amat gembira kerana dua minggu selepas memeluk Islam, isteri saya pula memeluk Islam setelah beliau juga seperti saya mengkaji dan mendalami serba sedikit mengenai Islam terutama melalui al-Quran. Ini diikuti oleh anak-anak kami kemudiannya," katanya.
Akui Qamar, beliau terkejut dengan tindakan suaminya memeluk Islam kerana telah menjadi sebahagian dari ajaran agama Yahudi supaya membenci agama lain terutama Islam.
"Tetapi Yousef tidak memaksa saya mengikut jejak langkahnya kerana dalam Islam dibenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita dari golongan ahli kitab.
"Tetapi saya juga ingin mengetahui apa yang Islam lakukan sehinggakan suami saya sanggup memeluk agama itu dengan saya sendiri cuba mengkaji mengenai Islam," jelas beliau.
Hasilnya, Qamar bangga mengakui kebenaran Islam. Kini Yousef sekeluarga menetap di Maghribi. Mereka gemar mendalami ajaran Islam dan bahasa Arab bagi mewujudkan keluarga Muslim yang sejati.
"Walaupun berdarah Yahudi namun Islam membuatkan bangsa ini tiada bezanya seperti bangsa-bangsa yang lain kecuali iman dan takwa sahajalah yang menentukan kedudukan masing-masing di sisi Allah, tuhan yang satu, tuhan yang wajib disembah," katanya.
Maryam Jamelah telah dilahirkan pada tahun 1934 di Kota New York ia adalah generasi keempat bangsa Amerika berketurunan german-yahudi. Dia dibesarkan di Kota Westchester, sebuah kawasan luar New York yang paling mewah dan padat penduduknya dan telah mendapat pendidikan di Amerika. Seorang pelajar yang minat membaca dan mengkaji. Minat utamanya yang utama adalah bidang agama, falsafah, sejarah, anthropologi, sosiologi dan biologi. Selepas itu memasuki Universiti New York dalam bidang pengkhususan kesenian umum. Semasa di Universiti dia telah di serang penyakit yang serius dalam tahun 1953. Dan penyakitnya itu telah bertambah berat hingga terpaksa menghentikan pengajiannya dua tahun kemudian tanpa memperolehi sebarang diploma.
Maryam Jamelah menceritakan antara sebab beliau memeluk Islam apabila mengenali al-Quran melalui mendengar bacaan al-Quran surah Maryam melalui piring hitam, bacaan al-Quran oleh Ummu Kalthum salah seorang penyanyi terkenal pada masa itu, pada tahun 1961 beliau memeluk Islam.
KISAH ORANG YANG MASUK ISLAM DENGAN MEMBACA AL-QURAN
Dia dilahirkan dalam keluarga orthodok roman katholik.tetapi hatinya sering memberontak pada ajaran bible dan amalan yang dilihatnya di gereja. Pada suatu hari pertegahan tahun 60-an, Cat Stevens sedang berenang di laut berhampiran rumah seorang kawan di Los Angeles, Amerika, ketika itu beliau berusia belasan tahun. Sedang menikmati ombak laut tiba-tiba arus yang kuat melanda dan menariknya ke tengah laut.yang Seorang pemuda yang bernama Cat Stevens telah dihadiahkan oleh abangnya sebuah kitab suci al-Quran. Sejak itu Cat Stevens mula berubah cahaya yang dicarinya sudah bertemu. Hatinya mula tenteram. Dia masuk Islam di hadapan imam masjid London.