Salam perjuangan
Pada 25 hb Julai jam 1 tengahari exco Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke Hospital Seberang Prai untuk mengunjungi adik Yahya Zakaria, anak kepada Ustaz Zakaria Hamzah, Naik Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.
Adik Yahya mengalami kecederaan semasa berada di SRIBU dan beliau dijangka berada di hospital dalam masa lebih 2 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah mewakili Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ustaz Zakaria Hamzah bagi meringankan bebanan beliau.
Semoga Allah memyembuhkan adik Yahya secepat yang mungkin dan semoga Ustaz Zakaria sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.