27 September 2010

Amal Jamaiy

Amal Jamaie
 
 
Firman Allah taala

Dan hendaklah ada di antara kamu satu Ummah (Jamaah) Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

 

 
Takrif Amal Jamaie

 
  • Amal Jamaie berasal dari perkataan Arab.
  • Amal bermakna kerja.
  • Jamaie pula ialah Kumpulan, pasukan dan yang seerti dengannya.
  • Amal Jamaie adalah suatu kerjasama kumpulan atau pasukan manusia bagi mencapai suatu tujuan bersama.

  • Tidak dinamakan Amal Jamaie kalau seseorang atau beberapa orang berkerja untuk mencapai matlamat sendiri.
    Amal Jamaie Dalam al-Quran


  • Amal Jamaie adalah suatu yang amat dituntut dan Allah telah menyebutkan tentangnya dalam Al-Quran.


 
Firman Allah

Ertinya :
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

 
Firman Allah

Ertinya :
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar. (Surah Ali Imran 146)

 
Firman Alah

Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa bin Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orangyang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.

 
Amal Jamie dalam Hadis

ان الشيطان ذئب الانسان كذئب الغنم يأخذ الشاة القاصية والناحية, فاياكم والشعاب وعليكم بالجماعة والعامة والمسجد

(رواه الامام أحمد في المسند)

Artinya : Sesungguhnya Syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid.

 
Dalam hadis Huzaifah

Aku berkata " Ya Rasulullah! Kami dahulu berada di dalam jahiliah dan keburukan, maka tiba-tiba datanglah kebaikan ini (Islam), maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula keburukan? Rasulullah bersabda : Ya. Aku bertanya lagi : "Apakah selepas keburukan itu akan berlaku pula kebaikan ?" Baginda menjawab: "Ya (akan berlaku pula) tetapi di dalamnya terdapat keburukan yang terpendam.
Baginda bersabda :"Pendakwah-pendakwah yang berada di ambang pintu neraka Jahannam. Sesiapa yang mengikutinya akan dihumbankan ke dalamnya." Aku bertanya lagi :"Sifatkan mereka itu kepada kami Ya Rasulullah?" Baginda bersabda:" Mereka dari kulit(Keturunan) kita, mereka berbahasa dengan bahasa kita."
Aku bertanya lagi : "Apakah arahanMu ya Rasulullah jika aku sempat ,melihat perkara itu?" Baginda bersabda: "Kamu wajiblah bersama Jamaah Muslim dan pemimpin mereka". Aku bertanya lagi :"Jika tiada jamaah dan kepimpinannya?"

Baginda bersabda :"Pendakwah-pendakwah yang berada di ambang pintu neraka Jahannam. Sesiapa yang mengikutinya akan dihumbankan ke dalamnya." Aku bertanya lagi :"Sifatkan mereka itu kepada kami Ya Rasulullah?" Baginda bersabda:" Mereka dari kulit(Keturunan) kita, mereka berbahasa dengan bahasa kita."
Aku bertanya lagi : "Apakah arahanMu ya Rasulullah jika aku sempat ,melihat perkara itu?" Baginda bersabda: "Kamu wajiblah bersama Jamaah Muslim dan pemimpin mereka". Aku bertanya lagi :"Jika tiada jamaah dan kepimpinannya?"

 
Amal Jamaie mengikut Logik Akal

Ertinya: kalau apa Yang Engkau serukankepada mereka (Wahai Muhammad)sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

 
Perbandingan Kerja berpasukan ini ialah seperti Sabda Nabi : 

المؤمن للمؤمن كالبنيان, يشد بعضهم بعضا

Artinya : Perbandingan orang Mukmin dengan Mukmin yang lain ialah seperti satu bangunan yang mana batu-batanya saling kukuh mengukuhkan sesama mereka.

 
Sabda Rasulullah

 
Ertinya : Hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan kepimpinannya.

 
Kaedah fiqhiyah

 
  • Sesuatu perkara yang wajib, sekiranya tidak sempurna pelaksaan perkara tersebut melainkan dengan perkara kedua maka perkara kedua itu juga adalah wajib.

Penutup

  • Perjuangan Islam ini amat susah.
  • Perjalanan Perjuangan Islam ini amat jauh
  • Perjuangan yang begini sifatnya tidak dapat diteruskan oleh hanya seorang atau beberapa orang yang berkerja secara bersendirian.
  • Perjuangan ini memerlukan rantaian pejuang-pejuang yang punya nafas panjang dan daya tahan yang kuat.

 
 
Dibentangkan kepada Mahasiswa USM di Parit Hj Taib, Bagan Serai 25/9/2010