الحمد لله الذي وعد المنفقين أجرا عظيما وخلفا ، وأوعد الممسكين لأموالهم عن الخير عطبا وتلفا . وأشهد أن لا إله إلا هو الملك الجـواد ، الرءوف بالعباد . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله ، أفضل الرسل وخلاصة العباد ، اللهم صل وسلم وبارك على محمد ، وعلى آله وأصحابه ، أولي الفضل والعلم والانقياد .
أما بعد : أيها الناس اتقوا الله حق تقواه اوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون , اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن الا وانتم مسلمون
أما بعد:
Sebelum kita membincangkan tentang persoalan semasa yang berlaku dalam msyarakat kita, marilah kita sama-sama mentajdidkan iman kepada Allah dan rasulnya, dan yakin bahawa mati adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, sirat adalah benar, hisab adalah benar, hasyar adalah benar, dan bahawa Allah adalah benar.
ذٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلّ شَىْء قَدِيرٌ، وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ ءاتِيَةٌ لاَّ رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ ٱللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِى ٱلْقُبُورِ [الحج:6، 7].
Demikianlah bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah Yang menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. dan Bahawa Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan Bahawa Sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang Yang di Dalam kubur.
Dengan ayat tersebut, ada peringatan bagi mereka mengingati kematian, dan yakin bahawa ia akan dikembalikan kepada Tuhannya. Mereka yang yakin bahawa mereka akan berdiri di hadapan Allah untuk di hisab amalan yang dilakukan.
قُلْ لّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنْ أَبْصَـٰرِهِمْ وَيَحْفَظُواْ فُرُوجَهُمْ ذٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ، وَقُل لّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ [النور:30 ].
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ (33)
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman : 33)
Wahai hamba Allah kita melihat zaman kini kezaliman dan penentangan terhadap syariat berlaku berleluasa kezaliman itu ialah tabaruj yang di larang dalam agama, tabaruj ialah wanita keluar dari rumah dengan berhias, keluar berpakaian bertelanjang, mendededahkan aurat dengan melakukan kemungkaran atas muka bumi sedangkan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kemungkaran. Tidak syak lagi bahawa perempuan keluar dari rumah dengan berhias adalah melakukan kezaliman yang cukup besar kerana menghalang manusia dari agama Allah, menghalang manusia dari berpegang dengan manhaj Allah tidak kah ini kezaliman yang cukup besar ?
Wanita tersebut adalah anak-anak kita, saudara-saudara kita, isteri-isteri kita, kaum kerabat kita, jiran tetanga kita, yang termasuk di bawah hadith :
((كلكم راع، وكلكم مسؤول عن رعيته))،
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap akan di tanya tentang orang di bawah kepimpinan kamu.
Tangungjawab kita dunia akhirat, berada di bawah tanggung jawab kita. Demi Allah kita akan di soal oleh Allah dan akan di hisab pada hari kiamat tentang tanggung jawab kepimpinan.
Mengapakah kita tidak boleh mengarahkan mereka menutup aurat padahal kita sering mendengar arahan dari al-Quran dan Sunnah rasul yang dibacakan, mengapakah kita boleh mengarahkan mereka memasak, menghiasi rumah, membersihkan rumah. Mengapakah kita tidak boleh mengarahkan mereka tunduk kepada perintah Allah.
Allah taala berfirman sebagai memuliakan manusia :
يَـٰبَنِى آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوٰرِى سَوْءتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذٰلِكَ خَيْرٌ [الأعراف:26].
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya.
Pakaian takwa adalah sebaik-baik pakaian iaitu pakaian yang menutup aurat, pakaian yang di pakai oleh wanita dan lelaki yang beriman kepada Allah, pakaian takwa bagi muslimah adalah pakaian yang menjaga kemulian dan kehormatan wanita.
Di antara kewajipan yang tidak boleh dilupakan bahawa menutup aurat adalah syariat samawi, syariat agama-agama langit, kewajipan yang diperintahkan kepada para wanita, yang disebut dalam taurat, injil. Firman Allah taala :
يَـٰبَنِى ءادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلّ مَسْجِدٍ [الأعراف:31].
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
Dalil tentang kewajipan menutup aurat disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah
وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَـٰهِلِيَّةِ ٱلأولَىٰ [الأحزاب:33]
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu.
يٰأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لأزْوٰجِكَ وَبَنَـٰتِكَ وَنِسَاء ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ذٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا [الأحزاب:59]
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ [النور:31]
Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.
Perintah Allah agar menutup aurat melabuhkan tudung kepala supaya tidak ternampak rambut dan lain-lain dari aurat wanita.
Kerana itu nabi s.a.w bersabda :
((المرأة عورة)) رواه الترمذي
Wanita adalah aurat.
Bagi orang yang beriman jagalah nas dari al-quran dan Sunnah, janganlah terpengaruh dengan golongan yang menyeru kebebabesan sehingga meninggalkan pakaian takwa, dan melakukan kekejian atas muka bumi, menzahirkan fitnah, dengan berpakaian ketat atau terbuka auratnya. Oleh kerana itu muslimah diwajibkan menutup aurat berdasarkan ayat al-Quran dan hadis nabi s.a.w
وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu. Al-Ahzab: 33
Berkata al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat tersebut, perintah ayat ditujukan kepada isteri Nabi agar mereka tetap di rumah, namun pengajarannya adalah merangkumi para wanita lain.
Berkata Dr Abdul Karim Zaidan: Larangan tabarruj yang dilakukan oleh orang-orang wanita jahiliyah zaman dahulu iaitu menzahirkan kecantikkan dan keindahan yang sepatutnya disembunyikan di hadapan lelaki yang dihalalkan berkahwin, yang boleh merangsang syahwat mereka. Inilah yang diharamkan oleh syarak.
ونسأله تعالى أن يجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه، وأن يوفق بنات المسلمين ونساءهم للاعتصام بصراط الله المستقيم، إنه ولي ذلك والقادر عليه