Nama Guru ini Ust Abu Bakar b. Osman, Tarikh lahir 30/8/1953, Dilahirkan di Kuala Berang Terangganu. Sekolah di sekolah kebangsaan bermula darjah 3 hinga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Kg. Telaga, Kuala Berang. Jarak sekolah dari rumah 3 batu/4.827 km. Ust. Pergi ke sekolah berjalan kaki.
Mula belajar pondok tahun 1968 iaitu selepas banjir besar tahun 1967, Ustaz Abu Bakar belajar di Pondok Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan sehinga mendirikan rumah tanga dengan salah seorang anak Tuan Guru Hj. Mustafa (seorang penguasa pondok itu).
Dalam masa hanya tiga bulan Ustaz Abu Bakar dapat menguasai ilmu dan dapat mengajar kitab nahu iaitu Matan Jurumiah.
Ustaz berkahwin pada tahun 1975 dengan Chek Salmah setelah bertunang selama dua tahun dan mendapat enam orang anak, anaknya yang sulung mati setelah dilahirkan.
Sekarang ini Ustaz Abu Bakar menjadi tenaga pengajar merangkap Pengerusi Lujnah Pelajaran Pondok Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan.