14 September 2009

KARTIKA SARI DEWI SYUKARNO



Aceh

Kesan sebatan pesalah kes sivil di penjara malaysia


Gambar Kartika Sari Dewi Syukarno bersama pegawai JAIP dan ayahnya

hukum sebat di Aceh Darusslam


Kartika Sari Dewi Syukarno

Kartika Sari Dewi Syukarno (32) telah dihukum rotan enam kali pada 20 Julai 2009 lepas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato' Abdul Rahman Yunos setelah didapati bersalah kerana meminum arak ditempat awam.

Kartika akur dan menunjukkan keikhlasannya bertaubat dan ingin berubah. Beliau tidak membuat rayuan malahan bersedia untuk dirotan sebagai kiffarah kepada kesilapannya.

Kes ini telah menarik perhatian ramai orang termasuk media, NGO tempatan dan antarabangsa kerana hukuman rotan dalam mahkamah sivil tidak diperuntukan rotan terhadap pesalah wanita kerana kesalahan meminum arak. Sedangkan Islam tidak mengenal batasan gender dalam menguatkuasa dan melaksanakan hukuman.

"Demi ALLAH, sekiranya Fatimah puteriku sendiri yang mencuri, akan ku potong tangannya".. begitu tegas Nabi dalam melaksanakan syariat ALLAH! (Nabi Muhammad s.a.w.)

Banyak pihak memberikan perhatian dan liputan begitu meluas pro dan kontra, mana-mana pihak berkuasa agama sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti kes seperti ini, kerana sebarang kesilapan akan memberi imej negatif bukan sahaja pihak berkuasa agama tetapi kepada agama Islam dan umatnya.

Hukuman rotan ini adalah hukuman syarie dan menurut ketetapan yang ditentukan ALLAH dan Rasul.

Tiada siapa boleh pertikaikan persoalan ini, dan bagi yang mempersoalkan perlaksanaan hukuman ini sama saperti mempersoalkan hukuman ALLAH dan Rasul. Cuma yang berbeza adalah metode dan cara perlaksanaan hukuman itu sahaja yang ada kekhilafan.

Di luar sana terdapat ramai lagi orang-orang Islam masih minum arak dan bekerja sebagai pelayan menyediakan minuman arak.

Malangnya tindak-tanduk pihak berkuasa agama telah memberikan gambaran buruk dan negatif kepada Islam. Kalau nak laksana hukuman, laksanakanlah dengan penuh professional dan berhemah. Malangnya setelah ambil Kartika di rumahnya boleh u-turn balik kereta lebih kurang 200 meter berjalan, selepas itu batal tangguh pulak hukuman sebab menghormati Ramadhan.

Cara merotan di dalam penajara tidak mengikuti cara Islam. Pesalah akan dirotan dalam situasi bogel dan menggunakan rotan saiz besar yang menyebabkan pesalah mendapat luka parah. Buat masa ini pulak, hanya pegawai lelaki sahaja yang dilatih untuk tugas merotan. Belum ada lagi peruntukkan undang-undang merotan untuk pesalah perempuan.
Hadis Riwayat Anas bin Malik:

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر

“Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: "Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan". Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali).” (Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim)


ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH NEGERI KEDAH 1988
Seksyen 25 (1) :

Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.

Hukuman :

Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau tidak melebihi 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25 (2) :

Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.

Hukuman :

Denda tidak melebihi RM3,000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.