29 Julai 2012

Abdul Somad Paderi Memeluk Islam

Abd. Shomad Sirait (bekas paderi), ia dilahirkan pada 20 Oktober 1939 di sebuah kampong di Sumatera Utara, berasal dari keluarga Kristian. Ayahnya Marinus Sirait seorang pengurus gereja, datuknya G. Sirait juga adalah pengurus gereja peringkat seluruh Indonesia.


Beliau menceritakan antara sebab islamnya adalah pada tahun 1983 ketika menjalankan tugas missionari di bahagian Timur Indonesia, seperti biasa dengan menaiki kenderaan awam, bertolak kembali ke Jakarta melalui Denpasar Bali ketika sedang mengemas barang-barang bawaannya beliau dapati ada sebuah al-Quran di atas begnya. lalu setelah membuat pengumuman dalam gerabak keretapi yang dinaiki, namun tiada Sesiapa yang mengaku pemilik al-Quran tersebut maka al-Quran itu dibawanya pulang ke rumah.
Abdul Samad Sirait (Bekas paderi) nama asalnya Frans Bona Sirait, ia dilahirkan pada 20 Oktober 1939 di sebuah kampong di Sumatera Utara, berasal dari keluarga besar Kristian. Ayahnya Marinus Sirait seorang pengurus gereja, datuknya G. Sirait juga adalah pengurus gereja peringkat seluruh Indonesia. Beliau menceritakan antara sebab Islamnya adalah pada tahun 1983 ketika menjalankan tugas missionari di bahagian Timur Indonesia, seperti biasa dengan menaiki kenderaan awam, iaitu keretapi bertolak kembali ke Jakarta melalui Denpasar Bali ketika sedang mengemas barang-barang bawaannya beliau mendapati ada sebuah tafsir al-Quran di atas begnya. Lalu setelah membuat pengumuman dalam gerabak keretapi yang dinaiki, namun tiada Sesiapa yang mengaku pemilik al-Quran tafsir tersebut, maka al-Quran itu dibawanya pulang ke rumah.



Tafsir al-Quran yang dibawa itu menjadi objek perbincangan mereka sekeluarga. Pada suatu hari beliau mengajak anak dan isterinya bersama melihat isi al-Quran dan pertama sekali surah yang dibaca adalah surah al-Ikhlas.

Beliau ulangi membacanya beberapa kali. Lantas mereka sekeluarga mengambil kesimpulan bahawa buku ini ganjil. Kerana setahu kami, Jesus anak Allah yang tunggal. Sesuai dengan isi sembahyang dan syair lagu mereka dalam nyanyian rohani (pujian) mereka.

Ketika lain mereka sekeluarga membaca Surah al-Imran ayat 85, yang bermaksud:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”



Abdul Samad menceritakan sesudah membaca surah tersebut dua tiga kali, mereka berkata kami semua tertawa geli hati. Kerana sudah dikatakan dalam perjanjian baru, dalam surat Paulus kepada Galatia, sebagai berikut:

“Tiada yang masuk ke Syurga, Kalau tidak melalui Tuhan Jesus, Kerana Jesus disalib untuk menebus dosa manusia.”

Beliau telah membuat perbandingan antara Bible dengan tafsir al-Quran, beliau dapati percanggahan fakta yang berlaku di dalam Bible antara satu surah dengan surah yang lain.

Demikianlah al-Quran kitab petunjuk yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia, sebagai cahaya yang menerangi, yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keamanan kepada Allah.



Jelaslah berdasarkan cerita-cerita yang telah disebutkan bahawa al-Quran tidak dapat dinafikan lagi bahawa ianya adalah daripada Allah selain bersifat kitab hukum ianya juga merupakan kitab pertunjuk yang mengeluarkan manusia dari kesesatan kufur kepada cahaya iman, ia dapat menarik manusia yang berada dalam kesesatan jahiliah kepada agama yang suci dari sebarang penyelewengan dan tokok tambah yang dilakukan oleh manusia, sebagaimana yang berlaku kepada agama-agama lain.