Margaret Marcos nama asal ketika dilahirkan, beliau dilahirkan pada tahun 1934 di Kota New York, dia merupakan generasi keempat bangsa Amerika berketurunan German-Yahudi. Dia dibesarkan di Kota Westchester, sebuah kawasan luar New York yang paling mewah dan padat penduduknya dan telah mendapat pendidikan di Amerika . Seorang pelajar yang minat membaca dan membuat pengkajian terhadap penulisan-penulisan Islam terjemahan Inggeris untuk mendapatkan lebih banyak maklumat-maklumat apakah ertinya menjadi seorang Muslim, begitu juga kerana ingin mendapatkan pandangan terperinci mengenai peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di dalam negeri-negeri Islam, iaitu penerangan-penerangan yang jauh lebih dari penerangan yang biasa di dapati dalam Akhbar-akhbar dan majalah. Tidak lama selepas itu beliau mengadakan hubungan surat dengan belasan anak muda di dunia Arab dan Pakistan. Kebanyakan sahabat pena yang dihubungi tidak kekal lama oleh kerana sikap mereka kebaratan dan kadang-kadang sikap perseteruan dan permusuhan dengan kebudayaan dan kepercayaan Islam.
Pada akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengadakan hubungan surat dengan pemimpin Islam yang berkaliber dan berpengaruh terutamanya ulama. Di akhir tahun 1960 Maryam Jamelah telah bertukar-tukar surat dengan Fadhil Jamali, bekas Ketua Perwakilan Iraq di Bangsa-bangsa Bersatu, Mahmud F. Hoballah, Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., dan beberapa tokoh Gerakan Islam yang lain, oleh kerana kegiatan al-Maududi dan Jamaat al-Islam tidak mendapat publisiti dari sarjana dan wartawan Amerika. Sehingga beliau terbaca artikel yang cemerlang yang ditulis oleh al-Maududi di dalam majalah Muslim Digest keluaran Durban, dan timbul keinginan untuk berhubung surat dengan al-Maududi seorang tokoh yang luar biasa kebolehan itu.
Minat utamanya yang utama adalah bidang agama, falsafah, sejarah, anthropologi, sosiologi dan biologi. Selepas itu memasuki Universiti New York dalam bidang pengkhususan kesenian umum. Semasa di Universiti dia telah di serang penyakit yang serius dalam tahun 1953. Dan penyakitnya itu telah bertambah berat hingga terpaksa menghentikan pengajiannya dua tahun kemudian tanpa memperolehi sebarang diploma.
Maryam Jamelah menceritakan ketika dalam tahun dua di Universiti New York, beliau telah bertemu dengan seorang gadis yang juga berketurunan Yahudi. gadis itu membuat keputusan untuk memeluk Islam, Maryam menceritakan oleh kerana minatnya untuk mempelajari bahasa Arab, maka gadis Yahudi itu memperkenalkan kepada kawan-kawannya yang ramai terdiri dari orang Arab dan lain-lain bangsa di new York.
Setelah mempelajari al-Quran lebih mendalam Maryam mula menyedari mengapa Islam dan hanya Islam sahaja telah menjadikan orang Arab satu bangsa yang agung. Tanpa al-Quran bahasa Arab mungkin telah pupus dan tanpa al-Quran umat Arab akan menjadi tidak penting seperti orang Zulu. seluruh kesusasteraan dan kebudayaan Arab adalah hidup dengan jasa al-Quran, kerana itu kebudayaan Arab dan Islam tidak dapat dipisahkan, tanpa Islam kebudayaan Arab tidak di pandang penting di mata dunia.
Al-Quran ini diakui oleh tokoh-tokoh cendikiawan barat; seperti Edward Gibbon (1737-1794); seorang ahli sejarah Inggeris yang masyhur, berkata bahawa al-Quran itu sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan, kemahkamahan dan undang-undang tentera dalam agama Islam. Al-Quran mengandungi isi yang lengkap, mulai daripada urusan ibadat, ketauhidan, hingga kepada pekerjaan sehari-hari, mulai daripada urusan rohani hingga kepada hal yang mengenai jasmani, hingga kepada seksa dunia ini. Di dalam al-Quran dijelaskan pembalasan amal. Sebab itu amat besar perbezaan al-Quran dengan Bible. Bible tidak mengandungi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keduniaan, yang terdapat didalamnya hanya cerita-cerita untuk kesucian diri.
Dalam surat Maryam Jamelah kepada al-Maududi yang bertarikh 29 Mei 1961, Maryam Jamelah menyebut bahawa pada hari raya Adha itu selepas menunaikan sembahyang hari raya beliau dengan rasminya mengumunkan syahadah di depan dua saksi yang merupakan sahabat beliau seaqidah. Setelah beliau menerima surat akuan memeluk Islam dari Pertubuhan Dakwah Islamiah (the Islamic mission of America) Brooklyn, surat itu disampaikan oleh Daud Ahmad Faisal. Bermula dari saat itulah bermulanya nama baru beliau iaitu Maryam Jamelah.
Antara sebab beliau memeluk Islam apabila mengenali al-Quran melalui mendengar bacaan al-Quran surah Maryam melalui piring hitam, bacaan al-Quran oleh Ummu Kalthum salah seorang penyanyi terkenal pada masa itu, pada tahun 1961 beliau memeluk Islam.